Poll Langsuir vs Sil Khannaz

 


Ada beberapa perkara di sini.

1. Thumb like adalah sekali picit tapi love like kena picit dua kali. Maka di sini, Langsuir ada advantage sebab sekali picit terus vote (sebab ada kemungkinan orang main picit saja) dan terbukti dari posting asal, vote Langsuir jauh meninggalkan Sil Khannaz. 

2. Perbandingan antara band, album ini biasa di arena antarabangsa dan mereka yang vote takde merasa apologetik apabila vote. Berbeza di sini, ada perasaan tidak mahu band tersebut "terasa" disebabkan saling kenal mengenal antara band dan peminat.

3. Persaingan sihat digalakkan (atas dasar untuk memperbaiki lagi persembahan, produk etc). Contoh boleh baca siri Krenmaut, Top 10 death metal 1990an. Persaingan yang sihatlah yang menyebabkan death metal hidup, bukan sebaliknya. Jadi, posting sebegini tak jadi masalah sebenarnya, sekurang-kurangnya sebagai entertainment.

4. Adakah anda mahu ROCK AT LARGE buat pos sebegini di sini? Kita mulakan dengan Bazzah vs Nebiras. Ok tak?


Posting asal Kugigran

Comments